Selasa, 30 Mac 2010

Resepi ubat penyembuh dosa

Seorang lelaki Badawi datang kepada seorang doktor dan bertanya

Adakah tuan mempunyai resepi ubat untuk menyembuh penyakit dosa?

Doktor itu menundukkan kepalanya sejenak sambil berfikir, lalu dia menjawab

Dengarkan resepi ini. Jika kamu mengerjakannya kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah SWT.

Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dengan bahan fikiran dan dicampur dengan rempah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dengan lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepadanya.

Setelah itu digaul dengan senduk istighfar sehingga nampak akan taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan kemangkuk cinta dan disejukkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah SWT.

Teruskan meminum ubat ini selama hidupmu dan hatimu akan dan sembuh dari segala keluhan dan kekusutan, dan akan hilang rasa sakit dosa

Ahad, 28 Mac 2010

pUiSi UntUk AKU

waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati..
dengan wudhu' aku disentuh dengan keadaan suci
aku dipegang, dijunjung..di atas rehal aku dipelajari
aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari...

sekarang engkau dewasa..kau tak berminat lagi
apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji???

sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
atau dibuat tangkal untuk menakutkan syaitan
aku tersingkir..dibiarkan bersendirian dalam kesepian
di atas almari..di dalam laci...aku dpendamkan

dulu pagi2..surah2ku engkau baca beberapa halamn
sekarang sambil minum kopi..engkau baca Berita Harian
masa lapang engkau baca sastera karangan manusia
sedangkan ayat2ku datang dari Tuhan yang Maha Perkasa

waktu malam engkau baring di depan TV
menonton pertandingan bola dan lakonan manusia
di depan komputer berjam-jam engkau duduk
masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok
mengumpul debu diselaputi habuk

apakah suratkhabar, TV, komputer memberimu hikmat..
bila engkau dikubur..bersendirian menanti kiamat
engkau didatangi para malaikat untuk pemeriksaan
hanya dengan ayat2 Tuhanmu engkau akan terselamat

sekarang engkau begitu leka membuang peluang
setiap saat berlalu..kuranglah baki usiamu
dan kubur sentiasa menunggumu
engkau bisa kembali kepada Tuhanmu..bila2 waktu
apabila malaikat maut mengetuk pintu

kalau aku dibaca selalu dan dihayati
di kubur kelak..
aku datang sebagai seorang pemuda tampan membantu engkau membela diri
peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari
kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui
yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw

keluarkanlah aku dari almari...sentuhlah aku lagii..
jangan biarkan aku sendiri sebab aku sentiasa menanti

aku ingt pesan ustaz dulu: kalau kita tinggalkan al-quran dia pun akan tinggalkan kita
sama2 kita beringat..
pesan utk diri aku sendiri yang hina lagi mudah lalai ini.

Rabu, 24 Mac 2010

Belikan aku kereta

Umaira (bukan nama sebenar) adalah pelajar tahun akhir di sebuah intitusi pengajian swasta di ibu kota dan merupakan seorang anak kepada pengurus Lembaga Tabung Haji yang kaya raya. Ayahnya Haji Syawal walaupun kaya raya namun tidak lokek menderma dan bersedekah, beliau juga bersifat merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk kekayannya..Isteri Haji Syawal sudah lama meninggal kerana barah payudara. Oleh kerana Umaira tidak menyukai ibu tiri, maka tidak membenarkan ayahnya berkahwin lain dan ayahnya hanya menurutkan sahaja dek kerana sayangkan anaknya.
Berlainan pula dengan sikap Umaira yang gemar berfoya-foya menggunakan wang ayahnya, namun atas kasih sayang terhadap umaira, Haji syawal sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya itu. Suatu hari sebelum pergi kuliah, umaira berkata kepadanya.
“ayah, minggu depan start final exam, kalu umairah dapat 3 pointer keatas, ayah blikan saya kereta ya?..”..pinta umairah, lalu ayahnya menjawab
“Insyaallah nak..”

Setelah tamat peperiksaan akhir, maka tibalah masa untuk mengetahu keputusan dan umairah mendapat keputusan cemerlang dengan pointer 3.87. Umairah sangat gembira dan terus menelefon ayahnya
“ayah, umairah dapat 3.87, ayah mesti tunaikan janji nak bagi saya kereta tau, saya nak kereta Toyota Vios, kaler gold tau ayah, bagi mase besday saya minggu dpan..”..ujar umairah
“insyallah nak..”...jawab Haji Syawal pendek

Hati umairah berbunga-bunga untuk menunggu minggu dpannya..


Hari ini genaplah umur umairah 22 tahun dan umairah menyambut harijadinya dengan menjemput rkan-rakan sekolejnya. Kesemua rakannya begitu taksub dan kagum dengan hadiah kereta yang akan umaira miliki sebentar nanti..sejurus kemudian ayah umaira balik, umaira menjengok keluar dan tidak nampak sebuah kereta Toyota pon...
Ayahnya masuk dang mengucapkan salam,
“ Assalamualaikum nak, ini hadiah haru jadimu”Umaira terkejut, lalu dibuka bungkusan itu, bukannya kereta, tetapi sebuah al-quran yang cantik bersulam kulitnya..dia memandang sekeliling dan mendengar ketawa kecil dari rakan-rakannya..

Umaira malu dan terus berlari kebilik meninggalkan semua orang...

Semenjak kejadian itu, umaira tidak pernah metergur sapa dengan ayahnya. Oleh kerana terlalu malu dan marah kerana ayahnya sudah menipu dan memalukannya umaira membawa diri ke Sabah tanpa memberiyahu ayahnya melainkan sekeping nota yang ditinggalkan bebunyi “aku nak ke sabah, kerja jauh dari sini”..Umaira mendapat pekerjaan disana sebagai setiausaha di Sebuah syarikat swasta...Haji Syawal berusaha untuk menguhubungi anaknya tetapi umairah berdegil tidak mahu berhubung lagi dengan ayahnya..

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun..Kini genaplah 4 tahun umaira berada di sabah, dia kini sudah berjaya memegang jawatan pengarah syarikat dan menjadi kaya..dalam tempoh itu sedikit pun dia tidak mengambil tahu hal ayahnya..

Suatu mala sebelum puasa, umaira terdetik hati untuk pulang dan membukyikan kepada ayahnya yang dia sudah berjaya walaupun ayahnya tidak mahu memberinya kereta. Lalu umaira mengambil keputusan untuk balik ke Semenanjung sehari sebelum Hari Raya



Umaira membayar tambang teksi, lalu mengangkat barangnya turun. Dihadapan Rumah nya dilihat suasana sudah berubah, pokok-pokok liar menjalar diserata tingkap rumahnya, semak samun semakin meninggi, rumah itu seperti sudah tidak berpenghuni..Umaira tertanya-tanya kemana ayahnya pegi, perasaannya mula tertanya-tanya, hatinya mula gundah..dia memberi salam namun tiada yang menjawabnya..Tiba-tiba terdengar suara

“anak carik siapa ?”...Umairah menoleh, rupanya jiran yang duduk disebelah rumahnya, dia tidak mengenalinya mungkin kerana jiran lama telah berpindah..

“makcik, ayah saya Haji Syawal mana?’’
“Haji syawal?, dia dah meninggal 2 tahun sudah nak”
Hati umairah tersentak, tubuhnya menggigil, air matanya mencurah-curah keluar..pandangannya kelam dan terus pengsan..

“anak, anak tak apa2 ker?.” Soal jirannya, rupanya umaira berada dirumah jirannya yang mengangkatnya kerana pengsan..Umaira menceritakan segala-galanya...semua terdiam...

Umiara membuka pintu rumahnya perlahan-lahan, perabotnya masih ada, tetapi sudah usang..semuanya lengkap...Umaira menangis tersak-esak, tiba-tiba dia teringat akan al-quran yang diberi ayahnya..umaira lalu mengambilnya dari atas almarinya yang tidak pernah disentuh sejak kejadian itu...al quran masih elok, umairah mengelap habuk2 dan mangucup al-quran tersebut..

“ayah, maafkan umaira, umaira mendoakan agar ayah bersama-sama orang beriman, umaira nak baca doa untuk ayah, nak doa bnyk-banyak utk ayah..”...
Umiarah membuka balutan al-quran tersebut, dan menyelakknya..tiba-tiba terjatuh sekeping kunci dari celahan al-quran tersebut, dia mangambilnya dan pada kunci tersebut tecatat tulisan “TOYOTA”...rupa-rupanya kunci kereta, dia membelek al-quran trsebut dan terdapat geran kereta yang tertulis nama anaknya disitu dengan sekeiping kad ucapan tertulis” selamat hari jadi yang ke-22 anakku”..ayah menghadiahkan kamu dunia dan akhirat, al-quran untuk bekalan akhirat dan kereta untuk kamu didunia..manfaatkanlah keduanya nak..”....

Umairah menangis teresak-esak dan sangat menyesali perbuatannya....dia meraung-raung sendirian dirumah usang tersebut..

TAMAT

Rabu, 17 Mac 2010

ReZeKi ALLAh

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Wallahulam.

Khamis, 11 Mac 2010

AnaKku dan Pokok EpaLnya

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.

Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan- dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain- main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.

Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa- apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot.

Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. KITA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. RENUNG2KANLAH

Ahad, 7 Mac 2010

Bila ALLAH menduga kita.

Ibnu Taimiyyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama Raja. Ketika sedang memotong buah, Raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa kesakitan. Raja pun bertanya bertanya kepada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya.

“Baik wahai Raja” jawab menteri itu tanpa keraguan.
“Apa? Kamu katakan ini baik?” Raja terperanjat dengan jawapan itu.
“Ya wahai Raja. Itu baik.”

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia pun memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian Raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya, “Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?”

“Baik wahai Raja” jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, Raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkannya dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, Raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara Raja menunggang kuda, akhirya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan Raja sendiri akhirnya sesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan tersebut.

Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan mereka menetapkan Raja sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa Raja ke tempat persembahan. Saat Raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka ragu untuk mengorbankan Raja.

“Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita” kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban”. Dengan itu, mereka melepaskan Raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. Selang beberapa hari peristiwa itu, Raja teringat akan kata-kata menterinya yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong.

Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu, “Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik”. Lalu dia pun menceritakan apa yang dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu berkata, “Saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan Raja pada hari itu, saya juga pasti turut tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat”.

Maka Ibnu Taimiyyah menutup cerita ini dengan mengatakan, “Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik"