Isnin, 23 Mei 2011

wanita LEMAH ?

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya

Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di Subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat.
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

Isnin, 16 Mei 2011

hari guru

kepada cikgu2 yang pernah mengajar ku..TERIMA KASIH!!. sayang cikgu sangat2. Walaupun diri ini tidak dikenali oleh kebanyakkan guru kerana sifat pasif dan pendiam. tapi jasa guru2 tetap ku kenang sampai mati. kerana pengalaman aku itu, aku ingin mengenali pelajar2 ku sebaik baiknya. yang mana yang nakal, yang aktif, yang pasif, yang rajin, yang malas sikit, yang suka bertanya, yang tak mahu buat kerja, yang pemalu, yang..yang..mcm2 yang lagi lah. AKU MMG INGIN NAK TAHU siapa kah nama pelajar YANG perlu aku kategorikan. agar aku tidak mendiskriminasikan pelajar2 aku dan agar aku boleh bersikap adil dan tidak terpinggir. walaupun ingatan aku ni kadang2 ter 'confuse'. sbbnya masa praktikum ni ngajar 6 buah kelas, sebuah kelas antara 25-36 student..penin nak ingt nama sorang2 yg canggih2. alhamdulillah, kebanyakkanya aku ingt dan aku dah kenal.

Hari ini, aku pula yang disambut sempena hari guru. pelbagai perasaan ada. terharu..ya itula perkataan yang terbaik aku ingin sebut. lelahnya jadi guru, aku dah rasainya sepanjang tempoh 4 bulan ni.sangat sukar walaupun kebanyakkan org lain tgk guru ni kerja mudah. alami dulu, baru tahu. walaupun aku tak reti nak bergaul dan tk reti nk berbicara sgt. tapi aku tetap juga disambut dgn senyum dan ucapan.sgt berterima kasih.dan yang pasti... aku menyayangi pelajar2 ku. kenapa aku perlu begini...arghhhh... go go go