Isnin, 25 April 2011

Saat untuk diingati

Saat2 untuk diingati.. kenapa?? kerana mungkin aku tak berpeluang lagi menemui, berjumpa atau terserempak lagi dengan mereka2..

siapa mereka2 ?

1 ; kawan2 lama, kawan2 sekolah. aku rindu kalian.. juga guru2 yang pernah mengajar ku
2 ; kawan2 universiti.. habisnya 4 tahun pengajian bersama. sama ada satu kos atau tidak. yang penting aku rindui gelak tawa VISCOMER
3 ; Pensyarah2 universiti.. lebih2 lagi lecturer2 ku..TERBAIK!!
4 ; Guru2 STARP - terima kasih atas tunjuk ajar kalian dan....................
> all my student starp putra, sabak bernam
2kaa,2uia,2um,2usm,2umm,2ukm > belajar rajin2. biar result gempak.

tak lupa juga pada semua pelajar2 starp..walaupun cg tak ajar kamu, tapi kamu buatkan cg rasa terharu bila stiap kali jumpa cg, kamu senyum dan hormat cg sbg cg kamu sendiri.arigato. pelajar2 form 1 terutamanya..sayang kamu sgt2. T_T

nasihat cg ,
ingat!!! jangan sombong, jangan kedekut ilmu, jangan pentingkan diri sendiri, jangan berlagak pandai, rajin bertanya kalau tak tahu, jangan langgar peraturan, jangan couple di usia muda.kalau nak couple jugak, jaga kehormatan diri kamu.. sesungguhnya jangan biarkan nafsu menguasai diri. beringat-ingatlah.dan banyak lagi jangann..
ambiklah yang positif dan jauhkan yang negatif.. tetapkan matlamat dan wawasan.dan yang paling penting, jangan lupa solat,berdoa dan muhasabah diri. good luck ^_^

sayonara... upsi..sayonara tg malim..sabak bernam...

tamat-praktikum-

Sabtu, 9 April 2011

Bukan senang nak hidup senang

hai!.. hari ni tuan punya blog mahu cerita.. hampir 4 bulan tempoh praktikal di salah sebuah SMK berlalu. Hari demi hari ada terasa makin laju, lambat dan tidak bergerak. Nak mengajar senang..tapi nak bagi orang yang diajar tu faham..sangat2 susah. lebih2 lagi bila orang yang nak diajar tak de minat nak belajar.

Selama berada di bilik guru.. bergaul dengan guru2 dan pelajar, aku makin mengerti lelahnya guru dalam mendidik.. yang penting keikhlasan hati dan doa agar pelajar2 ku dilembutkan hatinya, diterangkan dan dipermudahkan ilmu utk masuk. Bila aku bergelar guru, harapan aku, aku nak semua pelajar-pelajar ku berjaya..tak kira la apa jua subjek yang dipelajari..janji yang baik2. insyaALLAH..

Aku dulu pun pernah gagal, dan aku naik sikit demi sikit. kerana kawan2 yang sanggup hulurkan tangan membantu aku belajar, kerana sokongan keluarga yang yakin pada aku. aku dah sampai ke tahap ini.. Terima kasih. dan kali ini aku kena tolong orang lain iaitu pelajar2 aku yang masih tergapai2 mencari hala tuju mcm aku yang dulu. kalau cemerlang apa yang aku nak lakukan? kalau gagal apa aku nak buat?

MOTIVASI DIRI la yang paling penting.. sentiasa muhasabah diri..cari kesilapan sendiri dan perbaiki mana yang kurang. Semoga Adik2 pelajarku berjaya dalam hidup, dalam peperiksaan dan apa jua mereka lakukan.jadi lah anak yang soleh dan solehan dan manusia yang bermatlamat. walaupun aku jumpa mereka sekali dalam seminggu je. aku sayang mereka. Dari kelas depan hingga kelas hujung, walau kamu nakal mahupun sakiti hati cikgu, walau kamu menyampah dan benci sama cikgu.. Apa yang cikgu tahu..Kamu la keutamaan cikgu bila cikgu berada di Sekolah.