Rabu, 28 Julai 2010

anok sape la ni?

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?. Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana? taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.


Pengirim asal: JLS

Nota:
Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Rabu, 21 Julai 2010

coupLe : perlu ke sekarang

kawan2 ku pernah bertanya..tak mahu cari teman hidupkah..tak mahu berkahwin kah.tapi, Tidak pernah rasa dihati ini terkesan dengan kata-katanya tapi setakat ini aku memang lebih memikirkan pelajaran daripada soal teman hidup. Dengan PNG yang tidak seberapa, aku lebih runsing akan soal masa depan ibubapa dan keluarga. Bagaimana tidak? Mereka semakin lama bukannya semakin muda. Keutamaan aku pada masa sekarang ialah agar aku dapat berbakti pada mereka, agar masa tua mereka tenang dan bangga dengan anak-anak mereka. Bagaimana aku hendak mencapai impian ini sekiranya keputusan ijazahku sekadar cukup-cukup makan?

Tidak dinafikan jauh dalam sudut hati ini menginginkan seorang teman yang bisa diajak berbicara, berkongsi perasaan. Seorang teman yang bisa menyokong, mengukuhkan pendirian hidup ini. Seorang teman yang bisa menemani tika saat memerlukan. Tapi aku sesekali tidak pernah memerlukan seorang teman yang merosakkan. Seorang teman yang melekakan, melalaikan cita-citaku. Seorang teman yang tidak mungkin memahami keluargaku, situasiku dan aku.

Pada masa sekarang, aku banyak memerhatikan cara hidup masyarakat sekeliling. Remaja-remaja yang berpasangan tanpa sebarang niat untuk berkahwin semakin ketara bilangannya. Hasilnya, anak-anak luar nikah dicampakkan ke dalam tong sampah bersama-sama harga diri dan maruah seorang perawan. Ahli masyarakat kita terlalu banyak berbuat maksiat sehinggakan perkara-perkara yang jelas-jelas haram disisi agama seolah-olah dipersenda dan diperkecil.

Kalau beginilah hasilnya berpasangan berdasarkan gelodak hormone remaja, aku lebih rela bersendirian. Mungkin inilah pengorbanan terbaik diriku untuk masa depanku, akhiratku, keluargaku, aku

dengar dan lihat : mestika - wajah suci

Khamis, 15 Julai 2010

BaLaNg MayOniS & 2 CaWaN Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”


“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari
seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan
2 cawan kopi ini… “

Selasa, 13 Julai 2010

7 keajaiban dunia yang sebenar

Suatu hari di dalam sebuah kelas tingkatan 3..
Seperti biasa..
Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..
Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..
Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..
Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
. . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;
Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.
Mereka kembali semula ke tempat duduk..

seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...
Cikgu kehairanan..

"Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

"Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

"Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

"Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
Dapat melihat..
Dapat mendengar..
Dapat menyentuh..
Dapat menghidu..
Dapat merasa.."

Dia berhenti seketika..
Kemudian dia sambung semula..

"Dapat berjalan..
Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
Lagi...dapat berfikir..
Dapat merasakan..
Dapat mencintai..
.............
.........

Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...