Selasa, 28 Jun 2011

H.A.N.T.U

As salam.

ini gambar wa google ok.

ok, pecaya tak pada namanya mkhluk hantu ni?. heee

cerita nya mcm ni,

Adik wa yang paling bongsu tetiba cerita something kat mak wa bersama 2 orang lagi adik wa sebaik shj pulang dr sekolah. Adik wa yang bongsu tu lelaki, umur 9 tahun.

Wa pun pasng telinga..

Katanya, pagi2 sampai sek tu, dia pi la tandas dgn lagi sorang kwn dia. Tak smpt nk kencing kat umah kot. Pagi ok, gelap2 lagi time tu.

Katanya, lampu tandas rosak. Dalam tandas tu gelap la sikit jadinya. Nak dijadikan cerita,
Lepas adik wa ni setel membuang, kawan dia pun baru setel membuang, tetiba adik wa ni tgk la kwn dia dan adik wa 'ternampak' something betul2 kat belakang member dia tu.

Masa tu adik wa dh cuak dh, adik wa pun sound la mmber dia.. 'hoi, belakang ko tu. Sambil bersedia untuk langkah seribu.. Kawan adik wa ni tak pandang belakang, tapi dia nampak 'something' dkt blkg dia tu melalui cermin side kat laluan tandas tu. Apalagi... waaarrghhh.. menjerit la sambil buat pecutan f1.

Then, adik wa berhenti bercerita. Wa tgk adik wa nmpk mcm menggigil masa dia cerita tu. Then mak wa tanya adik wa, dah tu adik tgk rupa 'orang tu' mcmna..? saja mak wa guna perkataan 'orang tu' supaya adik wa xde la pikir dia nampak apa yang kita namakannya 'hantu'.

Adik wa pn jwb la, 'orang tu' terapung xde kaki, bdn tk nmpk sgt sb yang ketara nampak adalah rambut 'orang tu' panjang dan berwarna hitam mencecah paras pusat.

Wa yang dengar ni dah mula rasa meremang. Lpas tu wa tiba buka mulut tanya adik wa..
'dah tu adik nampak tinggi mana 'orang tu'??

Adik wa ckp la, tinggi mcm abg rudy. Tapi kan kak, 'orang tu' badan separuh je, xde bahagian kaki, rambut je panjang. Masa tu 'orang tu' tengah terbang.

siapa abg rudy? itu adik wa form 5 tahun ni. So, leh imagin tak budak lelaki form 5 tinggi mana??

lepas adik wa jawab mcm tu....
mak tgk wa, wa tgk mak..

wa pun tak tahu nak pikir, sama ada adik wa ni buat cerita ke or mmg dia betul2 nampak. Then, Wa tanya lagi adik wa, Lepas tu 'orang tu' kejar adik tak??
Adik wa cakap, time dia lari tu, dia tk pandang belakang.
lepas tu, dia pi semula kat tandas tu beberapa minit kemudian.. dia tgk ' org tu' dah xde.

wa ckp lam hati.. perghhh!! berani pulak adik wa pergi semula ke tandas tu..

suasana jadi diam seketika..

disebabkan mak tak nak bagi adik pikir bukan2, mak pun cakap kat adik wa mcmni,
'Kenapa adik tk tegur 'orang tu', ckp la dkt 'org tu' mcm ni, perghh rambut abg mcm amy search la. Nak autograf bolehh..' sambil mak buat gaya tgn 'rock'.

Lepas tu adik2 wa yang lain menyampuk dan suasana dah jadi riuh balik semula. Muka adik wa yang bongsu pn ketawa dan boleh gelak2 dah. Trick mak menjadi.. wa senyum

cerita di ats ditranslate ke bahasa yang mudah difahami. Cerita sebenar adalah menggunakan loghat pekat asal kami.

----- biasa la kan citer2 mcm ni kita dgr, kita pecaya kewujudan makhluk halus ni, cuma kita tak mintak makhluk ni menunjukkan dirnya. Supaya xde la kita rasa tak selesa. tul tak. huhuu

Wa senyum, dan teringat kembali kisah2 seram yang wa pernah alami..

hostel sekolah - wa jd guard pljr2 pend khas pi teman ke tandas. leps tu pernah Stay at hostel bila semua pljar balik kg.

hostel U - tinggal di blok yang dikatakan 'keras' dan dan dapat rumah yang "paling keras" antara rumah2 lain dkt bangunan tu. Tapi sb masa tu 'kami' lum tahu apa2, kami xde la rasa takut. Sampaila terjadi ' pengalaman' yang tk dpt dilupakan..
--'kami'--sb wa tk tinggal sorang2 lam satu umah

umah sewa - kakak seniar ckp ada 'benda' juga dlm rumah tu. Dan wa pun pernah nampak dan pernah kena tindih. Tak tahula kan..kot2 perasaan wa je. Tapi dah dua kali.

Apa pun,
"jangan biarkan, hidup anda diselubungi... MISTERI.."
-ayat ni lagi..ciss-

k la. salam..

note :
wa tu kata ganti nama gua..guwa.. just ringkas kan jadi wa.
wa akan guna kedua2 ganti nama ni - 'aku' atau 'wa'. tgk keadaan la yerk. zass


Ahad, 26 Jun 2011

keciL tapi BesaR

Assalamualaikum

Masa aku praktikal sampai la skrg, tak habis2 isu yang sama. Politik semuanya. Kita jatuh dan menjatuhkan orang lain. Aibkan orang.. Elok ke??

Sesama melayu.. itu yang tak tahan.

Sedih...

mcm lagu Jessie J - Prince Tag .. "Seems like everybody's got a price"..

soalannya :
agak2 berapa harga maruah seseorang tu.. yang mnyebabkn kita berhak utk hina sehina-hinanya

Masing2 ada agama masing2. Ada ideologi masing..

tolongla..
made us all unite
jangan asyik nak berperang...

lepas tu org y tk terlibat terbabit sama.

kenapa aku nak emo??.. aku benci la.. aku dengar posting dibekukan. aku nak keja ni. Ermm... Ada kaitan ke dgn cerita di atas?? xde kan? ok salah topik.. lalala

Apa pun, kalau kita hidup bersatu padu. Rumah yang kecil pun kita rasa Besar.. Macm la negara juga. Negra kecil, tapi nikmat kemakmuran nya kita rasa selesa utk berada dlm negera tersebut.
Macam umah wa la.. tadaaa...



mrk y tlibt dlm pic >> mum, aku, rudy, esyah, syu, bnih..
semua ni ahli keluarga wa..tgk la. Sama je warna kulitnya.. hah.. itu namanya.. baka y sama..hahaa
aku sayang diorang tau..

Sabtu, 25 Jun 2011

GaMe

Berbicara ttg game, zmn aku kanak ribena dulu 'game' nya bnyk keluarkan peluh. Game kanak2 zmn kini lebih kpd cabaran 'maya'. Ala, tau sendiri la kan

Dissbkan terlalu byk masa dirumah ber'internet', aku berblogwalking la, dan ber fb la serta berchatting dan mcm2 lg. Apa y aku tahu, game tgh 'hot' skrg game "Angry Bird".

game ini.. spt dibwh

Best ke game 2? itu persoalan aku

Apa lagi, aku punya la bersemangat mencari..mencari..dan mendownload. Da dowld pe lagi test main ler aku dgn kusyuknya..

sronok mula2, Tapi bila next2 stage dan seterusnya target2 tak kena. Then ulang lagi, eii tak tahan betul tgk si "*bab1"tu asyik 'senyum je' bila semua burung da mati.

Tetiba rasa mcm tension pulak. Ulang2 sampai nak 40 kali tak lepas2 jugak. arghh..

malas r nak main.. fed up!

ngahahaa..

*bab1 - enemy dlm game angry bird.


itula bab1 a.k.a khinzir si makhluk hijau

punya la byk binatang, binatang tersebut jugak jd pilihan pencipta game. Lepas tu budak2 main, mula la duk sebut Bab 1 ini, bab 1 itu.. jadi sebutan harian.

itu aku tk syok.

sape2 nk lepas marah, main la lastik2 ni (angry bird). Kita bunuh binatang y kita benci.
haha.. ok. daa..
assalam

Khamis, 23 Jun 2011

GerHanA BuLaN BerDarAh

As salam..

Pernah tgk gerhana bulan??
seperti yang kita semua tahu, pada 16 Jun yang lalu, berlaku fanomena gerhana bulan. Kawan2 ada post dekat fb pasal gerhana ni. Actually, pada pagi 16 Jun tu, berlaku gerhana bulan berdarah. Sebab apa dipanggil gerhana bulan berdarah.. ??

ok, jom tgk video gerhana bulan.. sangat2 la cantik. godek punya godek, jumpa satu web ni. Jadi meh i kasi link bg kat hang pa tgk.

video gerhana bulan

apa pun yang berlaku, semua adalah kerana Kekuasaan ALLAh.
k.la. wasalam.

Ahad, 19 Jun 2011

oh.. AdiK

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah

sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar! "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

~tamat~

Sabtu, 18 Jun 2011

KagUm

masa kecik2 cita2 nk jadi guru. lepas tu cita2 tu hilang sikit demi sikit. sb nya, bila naik tahun seterusnya, dirasakan belajar semakin susah, semakin dan semakin susah.

Masa praktikal pljr pernah tanya. 'cikgu suka tak jadi cikgu', best ke jadi cikgu?

jawapan aku terus shja. berseloroh. mahu melihat reaksi pelajar.
"Cikgu tak suka jadi cikgu".

seperti yang aku jangka, akan ada lagi soalan2 seterusnya dari mereka.
dan pelajar tanya lagi, kenapa cikgu pilih utk jadi cikgu? kenapa itu dan ini..

aku menjawab..dan senyum sendiri

Dalam kepalaku.. mmg cita2 aku sejak kecil aku nak jadi cikgu. Walaupn sesusah mana subjek yang aku ambil waktu disekolah, aku still lagi belajar dan belajar. still nak masuk u dan still belaja. Sampaila aku praktikl utk jadi seorang yang namanya 'pendidik'.

bila aku mengajar, aku jd bersemangat bila peljar bersemangat utk belajar, aku jd bersemangat bila pljar mula fhm. bersemangat bila pljr suka bertanya, buat kerja dan belajar.

Perasaan apakah ini?? seronok, teruja, simpati,..
aku cuba belajar, rujuk banyak buku2, guna banyak cara dan kaedah, biar pelajar suka dan minat.

Tapi kenapa aku perlu berusaha begini??

kerana aku tahu.. aku sebenarnya SUKA JADI CIKGU.

terdetik di minda aku, kenapa guru2 ku dahulu begitu bersemangat mengajar peljar2 nya. sedangkan pljr2 sikit pun tak tahu lelahnya guru itu berusaha utk mencurahkan ilmu pd mereka. hakikatnya, pelajar faham atau tidak, guru tetap diberikan gaji. jadi kenapa, kenapa guru begitu berusaha, kenapa???

bila aku alami pengalaman itu, aku mengerti..

"guru yang baik adalah seorang guru yang merasakan dirinya tidak pernah cukup mencurahkan ilmu kepada anak muridnya walaupun dia telah melakukan banyak perkara untuk anak muridnya"

menitis air mataku mengingat guru2 yang pernah berbakti utkku. aku kagum..

knp aku buat entry ni??
aku dpt tahu, kakak2 seniar dah dpt surat posting beberapa hari lalu. dan bakal berkhidmat beberapa minggu lagi.

TAHNIAH..
biar jadi guru yang berdedikasi dan TERBAIKK.. heeee

Selasa, 14 Jun 2011

Terima kasih


Mawwadah - terima kasih tuhan


Rabu, 1 Jun 2011

Dugaan

.. hakikat mmg pahit untuk ditelan.

sedang berusaha untuk senyum dan tenangkan hati
aku dah buat yang terbaik.sungguh!!.

aku sedar..salah diri sendiri.

aku bukan cg yang baik...
aku tak boleh nak buat pelajar faham. walaupun hakikat aku dah cuba sedaya upaya.
pljr hanya DEKAT. bukan MINAT dan BUAT. malah ada yang tak FAHAM dari awl sampai akhir.
itu aku tahu.. aku tahu.

jadi, maksudnya, aku GAGAL ?? T_T

kerana angka itu aku jadi down. bolehkah?

aku nak senyum .tapi seolah aku sedang senyum terpaksa.
I'm forced to fake a smile, a laugh

hurmm..

baiklah.
aku akan senyum. ^_____________^ ,

moral nya.jgn putus asa..
niat mendidik tu kena betul.,
mungkin aku belum cukup tegas. segalanya mungkin, hurm..

laporan aku pun tak berapa best.
kena lebih byk baca buku. kena lebih banyak usaha ++ dengan doa.

walaupun aku keciwa giler dgn result. it's ok. aku kena terima

tq ALLAH. dpt mcm ni aku dah bersyukur.
ada hikmah semuanya. DIA nak aku lebih berusaha..faito2.

cau cin cau