Selasa, 12 Oktober 2010

toLonG..Mak Gua HiLang Beb..

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit
sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.


Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar floor dept gua. Muka
macam ada masalah.


Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni
kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa
hensem (gua lagi hensem). Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik
menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk
sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

Apan berbisik....Mak gua hilang la..”(dengan nada perlahan)

Gua punyala terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba
tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang
macam kuda.

Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human
resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua
nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit,
mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi
dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan
semula masuk ke tempat gua. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah,
sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.


Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,


Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari
warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas
padu:


Dalam sinki penteri.”


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! macam sialll! Sia sia
gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara. Please tolong laaaa......

Rabu, 6 Oktober 2010

SiaPA kiTA??

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..



layar keinsafan - mestika

Jumaat, 1 Oktober 2010

~Langit dan Laut~

Tahukah korang, langit dan laut saling cinta-mencintai.
Langit sangat sayangkan laut, sehingga warnanya pun seakan laut.
Begitu juga laut, terlalu sukakan langit sampai warna pun seakan sama :)


Once upon a time, datanglah si awan.
Awan melihat kecantikan langit dan terus terpikat.
Tapi langit begitu setia kepada laut.
Langit mahu melihat laut sahaja.

Awan tidak berputus asa.

Maka, awan pun berusaha untuk memikat langit.

Awan luaskan dirinya.
Supaya langit dan laut terpisah dari pandangan.
Laut menjadi begitu geram.
Laut mengeluarkan ombaknya yang kuat.

tp malangnya, ombak laut tak dapat mengusir awan :(
Tiba-tiba, datang lah angin.
Angin melihat kesedihan langit dan laut.
Maka, angin rasa perlu mengusir awan supaya langit dan laut dapat bersama.

Dengan kuasa yang ada, angin pun meniup awan.
Awan pun berpecah dan berlalu pergi.
Awan menjadi sedih.
Lalu menangis mengeluarkan hujan.


Hingga sekarang,
kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.
Cuba kita pandang ke hujung laut...
Pasti kelihatan seakan-akan langit dan laut,
sedang berpasangan

suka melihat laut dan langit... :)