Sabtu, 9 April 2011

Bukan senang nak hidup senang

hai!.. hari ni tuan punya blog mahu cerita.. hampir 4 bulan tempoh praktikal di salah sebuah SMK berlalu. Hari demi hari ada terasa makin laju, lambat dan tidak bergerak. Nak mengajar senang..tapi nak bagi orang yang diajar tu faham..sangat2 susah. lebih2 lagi bila orang yang nak diajar tak de minat nak belajar.

Selama berada di bilik guru.. bergaul dengan guru2 dan pelajar, aku makin mengerti lelahnya guru dalam mendidik.. yang penting keikhlasan hati dan doa agar pelajar2 ku dilembutkan hatinya, diterangkan dan dipermudahkan ilmu utk masuk. Bila aku bergelar guru, harapan aku, aku nak semua pelajar-pelajar ku berjaya..tak kira la apa jua subjek yang dipelajari..janji yang baik2. insyaALLAH..

Aku dulu pun pernah gagal, dan aku naik sikit demi sikit. kerana kawan2 yang sanggup hulurkan tangan membantu aku belajar, kerana sokongan keluarga yang yakin pada aku. aku dah sampai ke tahap ini.. Terima kasih. dan kali ini aku kena tolong orang lain iaitu pelajar2 aku yang masih tergapai2 mencari hala tuju mcm aku yang dulu. kalau cemerlang apa yang aku nak lakukan? kalau gagal apa aku nak buat?

MOTIVASI DIRI la yang paling penting.. sentiasa muhasabah diri..cari kesilapan sendiri dan perbaiki mana yang kurang. Semoga Adik2 pelajarku berjaya dalam hidup, dalam peperiksaan dan apa jua mereka lakukan.jadi lah anak yang soleh dan solehan dan manusia yang bermatlamat. walaupun aku jumpa mereka sekali dalam seminggu je. aku sayang mereka. Dari kelas depan hingga kelas hujung, walau kamu nakal mahupun sakiti hati cikgu, walau kamu menyampah dan benci sama cikgu.. Apa yang cikgu tahu..Kamu la keutamaan cikgu bila cikgu berada di Sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan