Memaparkan catatan dengan label cerita kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita kehidupan. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mac 2012

kisah pensel dan pemadam

Assalamualaikum

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

PENGAJARAN: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

sumber : syok.org

Sabtu, 6 Ogos 2011

wanita berpurdah

Assalamualaikum..(gambar hiasan)
sumber : uncle google


Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

crdt to : al-muqorrobun.blogspot.com

Jumaat, 8 Julai 2011

BiArkAn KoLaM itU

Di sebuah desa terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.
Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan kepalang marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yg dihadapi? Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!

Pengajaran: kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Wallahu'alam

Crdt to budak gemok

Ahad, 3 Julai 2011

kiSaH Si PenJuAL TeMpe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , ?Ya ALLAH , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin?


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. ?Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin?.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempe nya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. ?Ya ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin?. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, ?Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.?

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. ?Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.? Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya?Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin?.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya

wanita itu, ?Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi??

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH?


Apa yang kita boleh rumuskan dari cerita di atas ?

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi ALLAH

psst.. wa tak pernah suka makan tempe. Wa pernah cuba makan, tapi keluar balik. Sejak wa datang sabak, kwn ada ckp satu tempt yang tempenya sgt sedap. Wa cuba la kan, perghh!! gila best.. kedai tu kedai Nur Syuhada di Sabak Bernam. Pertama kali wa rasa tempe yang best.

ini bukan iklan utk promot k. Kedai itu tiada kaitan dgn wa pun. Wa rindu tempe kedai tu. keh3

Jumaat, 11 Mac 2011

solat tiang agama

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekiam...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...

Selasa, 14 Disember 2010

SeMiNit

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin"

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.

Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi masih belum selamat.Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi "Ya Allah ,sekirannya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin"

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun sehingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam"

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi "Ya Allah, sekiranya kau selamatkan aku,akan aku sedekahkan seekor ayam"

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun "

Nota kaki :
Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakannya .Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

OTAK SEMINIT KAH KITA ??

Sabtu, 14 Ogos 2010

LeLaki Tua deNgan 3 Anak

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah.

Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya. Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Semperna bulan ramadan ini, elok la kita renung2 kn cerita ini agar menjadi pedoman hidup!

Khamis, 15 Julai 2010

BaLaNg MayOniS & 2 CaWaN Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”


“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari
seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan
2 cawan kopi ini… “

Isnin, 28 Jun 2010

BiarKan Air mata Itu meNitis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

Jumaat, 9 April 2010

sEsetgh NikMaT itu HaNya Dtg SeKali

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini. Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang
dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah , si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna. Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak , si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi." Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar , dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini..." Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu , tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor. "Puan, maafkan... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan... Telah meninggal dunia." Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.

"Anak... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata , "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu... Ibu rindu kepada nakalmu... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Selasa, 6 April 2010

kiSaH seOrNg KaNak2 BuTa

Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.

Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.

Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”

Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”

Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”

Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?

Moral Story: Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki .. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.

Ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum. Peganglah saat ini dengan keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut. Jaga iman dan buanglah rasa takut.

Hal yang paling indah adalah melihat seseorang tersenyum …

Dan bahkan lebih indah adalah, mengetahui bahawa anda adalah alasan di balik itu!

Nikmati hari anda dengan hati syukur..

Ahad, 7 Februari 2010

sGt SayaNg

" cilak** , aku fail exam ni fiz.. Tak guna!" kata sorang kawanku yang datang pada aku mengadu

" sabaq la zah, Ada hikmah tu.. Kegagalan adalah tarbiyah dari Allah" pujuk aku

" semua orang serupa .. hikmah.. hikmah.. hikmah.. Takde mende lain ke nak cakap?
aku tak taw la .. setiap kali aku mintak aku tak dapat.. puas aku doa tak dapat.. Ko rasa Allah sayang aku tak? ko rasa allah tu sayangkan hambanya ke?
Kalau sayang sanggup ke dia tengok aku fail macam ni?. Kalau sayang sanggup ke dia tengok orang merempat kemiskinan? Sanggup ke? " ungkap mizah dengan penuh emosi.

Aku tersenyum..

"Kau tak sedar lagi ni mizah" getus hati aku.

Insan
Kau tak pernah puas
Kau tak pernah cukup
Sayugia, dirimu tuhan jadikan lengkap
Sedangkan ibu teramat sayang akan anaknya
inikan pula pencipta sayang akan hambanya


Mari kita berfikir..

Aku meninggalkan solat,aku mengumpat, aku buat kemungkaran, aku mencuri, aku merompak membunuh, tapi mengapa allah masih memberi oksigen kat aku..
bagi lagi rezeki kat aku? bagi lagi anggota badan? Allah tak tarik pun? walaupun aku tak ikut arahan dia

Maha Suci Allah..
Betapa sayangkan hambanya..

katakan, kita adalah pemilik dan tuan kepada sebuah kereta,jika kereta itu tiba2 breakdown, rosak dan kita mencuba banyak kali hidupkan tetapi kereta itu tidak ikut arahan.
Apakah tindakan kita? Kita sepak kereta tu, maki hamun dan hentak body kereta itu.. silap2 kereta itu dihantar ke kilang besi buruk.. itu baru satu kereta ..


Bayangkan Allah...

Allah lagi banyak hambanya.. Lagi banyak menjadi 'tuan' kepada benda2 didunia dan langit.. Apabila hambanya tidak mengikut arahan, enggan mematuhinya .. adakah allah terus menghancurkan kita dengan batu besar?
Adakah allah terus menghentak kita?
adakah allah terus tarik oksigen dan keperluan hamba2nya?

tidak.. Allah masih memberi hamba2 nya makanan rezeki dan kekayaan.. Malahan udara yang kita hirup setiap kali

Bayangkan jika
Allah bersifat seperti kita dengan kereta tadi.. Apakah kita masih lagi bernafas? Apakah kita masih lagi dapat rezeki dan makanan?

Maha Suci Allah, sayangkan hambanya..

Allah masih beri kita ruang untuk perbaiki diri..
tidaklah menjadi masalah bagi Allah untuk menghancurkan kesemua manusia dan makhluk2 lain

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mengingkari allah pun, Tidaklah Jatuh walaupun sedikit keAgungan dan Kekuasaan Allah

Jikalau Setiap makhluk dilangit dan dibumi kesemuanya mentaati allah pun, tidaklah mengubah walaupun sedikit keagungan dan kekuasaan Allah..


Penyanyangnya mu ya Allah..

Kita sering mengadu, menyalahkan Allah..
Sedarkah kita Allah itulah yang menyayangi kita setiap masa.
Sentiasa memaafkan kita jika kita bertaubat..

Untunglah engkau Umat Muhammad..
Jika kita lihat Hebatnya kasih sayangkan Seorang ibu pada anaknya sampai sanggup mengorban nyawa,,

apatah lagi Allah.. Peneman kita setiap masa.. Pencipta kita setiap ketika.


Aku berjalan ditepi kedai mamak.. Seorang india membuat roti canai.. Tiba2 roti canai yang ditebar tak jadi..
dia lantas membuang terus ke tong sampah..
Terfikir aku betapa sayangnya pencipta kita kat kita..
aku tersenyum..
Allah Sayangkan Kita..