Sabtu, 14 November 2009

HiduP berseDerHanA

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.. Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta . Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia . Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri

inilah Kekayaan yang Nyata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan